PERTUKARAN PEGAWAI TADBIR NEGERI TERENGGANU BIL 1/2010
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Ahmad Said yang melaksanakan pertukaran pegawai tadbir negeri(TCS) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Feb 2010.Pertukaran tersebut berkait rapat dengan ' persaraan terpaksa Dato' Mokhtar b. Nong,Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu' yang memulakan perjalanan alam 'pensioner' dengan bercuti selama 3 bulan berkuatkuasa mulai 15 Jan 2010 hingga 15 April 2010.Apakan daya kita makhluk Allah yang lemah....sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.Tidak pernah terlintas di benak pemikiran YB Dato' Mokhtar,anak-isteri,sahabat hanadi,saudara-mara dan lain-lain bahawa beliau terpaksa berhenti dari perkhidmatan Kerajaan dengan cara ini.'Dipaksa menandatangani Surat Permohonan Bersara Awal'.Apatah lagi kepimpinan Negeri daripada anutan parti yang sama.Pedihnya rasa hati tidak terperi.Sedihnya keluarga beliau,sanak-saudara,sahabat handai,rakan taulan,TCS,ahli politik BN dan rakyat negeri Terengganu menyaksikan apa yang sedang berlaku di Terengganu sekarang.Apapun Dato' Mokhtar dijangka akan layak mendapat gratuiti perkhidmatan berjumlah lebihkurang RM800,000.00 dan dianugerah kawasan balak bernilai RM6 j.Persoalannya apakah Mat Said sanggup menggadai segala hasil mahsul negeri semata-mata kerana tidak mahu lihat muka Dato' Mokhtar di pejabat SUK?Bukankah itu semua harta kerajaan dan rakyat?Tidak salah Dato' Mokhtar dalam bab ni.Kalau penulispun ditawarkan sejumlah yang sedemikian,penulis akan berbuat serupa.Lupakan kepentingan negeri dan rakyat.Buat apa bekerja dalam keadaan tidak selesa dan dihina MB.
Dengan keluarnya arahan pertukaran tersebut pada minggu lepas,maka terlakarlah sejarah baru perkhidmatan pegawai tadbir Negeri Terengganu yang dikatakan dibuat berasaskan seniority,merit,kredibiliti dan macam-macam justifikasi.Maka tertukarlah dan terlantiklah 48 personnel TCS sebagaimana berikut(hanya sebahagian sahaja yang dicatat di sini):
Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK):Dato' Mazlan Ngah
Pegawai Kewangan Negeri: Dato' Hj Abd Razak bin Ismail
Pengarah Tanah dan Galian Negeri :Hj Osman bin Muda
Timbalan SUK(Pengurusan):Wan Ahamad bin Wan Muda
Timbalan SUK(Pembangunan)/Pengarah UPEN:Dato' Hj Mohd Razalli bin Kassim.
Yang menjadi tandatanya di sini adalah Wan Ahamad bin Wan Muda.Beliau melompat 3 anak tangga hairaki iaitu N 52,N54 danterus menjawat Jusa C.Mengikut MB Ahmad Said,pegawai ini memiliki double degree.Manakala segelintir pemimpin Pas Terengganu menganggap Wan Ahamad memiliki triple degree.Maka dalam usaha untuk mengenal siapa individu pegawai yang sebegini hebat yang selama ini digambarkan oleh sebilangan rakyat Terengganu sebagai menteri besar sebenar yang mentadbir negeri Terengganu maka terjumpalah penulis dengan seorang pegawai Felda yang kini masih berkhidmat di Kuala Terengganu.Pada mulanya penulis ditanya samada mengenali asal-usul Wan Ahamad ini?Setelah dijawab tidak tahu,maka penulis dimaklumkan serba-sedikit bahawa Wan Ahamad ini merupakan anak kelahiran Kg Tok Kaya K.Terengganu.Kalau tidak tepatnya cerita beliau maka kurang tepatlah cerita penulis tapi penulis yakin kebenaran cerita tersebut.Dikatakan beliau pernah menuntut di Sekolah Kadir Adabi K.Terengganu bersama-sama MB Ahmad Said.(arwah sekolah ini merupakan sekolah berbayar bagi pelajar gagal dalam peperiksaan MCE/SPM/HSC/STPM di sekolah kerajaan.Sama seperti Institut Berakan dan lain-lain sekolah berbayar).Selepas itu beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperolehi B.Econs((UM).Kemudian beliau menjadi Field Assistant(pegawai ladang) Felda Jerangau Barat.Dimaklumkan bahawa olehkerana beliau terlibat dalam kes kehilangan baja,maka beliau telah dinasihatkan berhenti.Kemudian beliau telah mengikuti pengajian post graduate Diploma in Law di Manchester Metropolitan College,di London selama 2 tahun tetapi beliau dikatakan gagal(jadi setakat loyar buruk bolehlah).Kebetulan apabila pulang ke Terengganu, abang iparnya,Yusof@Kobi bin Musa menjadi ADUN Serada pada ketika itu.Beliau bernasib baik kerana diterima sebagai Pegawai Tadbir Negeri(TCS) pada sekitar tahun 1988.Antara sejarah perkhidmatannya,beliau pernah semasa di zaman Pas ketika Hj Hadi melawat Kemamanpernah berkata,"berkat zaman Tok Guru merintah le ning' dan ketika itu beliau pernah cuba menjadi penasihat khas Wan Mutalib Embong.Beliau pernah berkhidmat di bahagian perjawatan SUK di bawah arwah Hj Mohd Muda dengan memegang jawatan N 44.Semasa itulah beliau mewujudkan jawatan KPSU Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri dengan jawatan hakiki pemegangnya N 48 dandimaklumkan oleh beberapa orang TCS bahawa beliau telah 'melantik dirinya sendiri' untuk mengisi jawatan tersebut di zaman Idris Jusoh.Ketika memegang jawatan tersebut,ramai daripada YDP Majlis yang memandang rendah kepada beliau dan tidak langsung menghormati beliau kerana kebanyakan mereka amat mengetahui latarbelakang beliau selaku TCS.
Ketika jawatan MB berpindah ke tangan Ahmad Said,beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan(SUSK)MB.Atas alasan Hj Osman Muda pernah dibayar setaraf JUSA C semasa di zaman Idris Jusoh,Ahmad Said menggunakan kuasanya selaku MB dan Pihak Berkuasa Negeri mengarahkan pembayaran gaji dan memberi kemudahan setaraf JUSA C kepada beliau.Bezanya dengan kes Wan Ahamad,Hj Osman Muda yang ketika itu sudah menjawat jawatan N 54 dan pegawai yang lebih junior daripada beliau seperti Hj Hussin Embong yang ketika itu menjadi Pegawai Daerah Kuala Terengganu sudahpun menerima gaji dan kemudahan yang sedemikian.Maka Dato' Seri Idris Jusoh yang ketika itu menjawat jawatan sebagai MB mencadangkan supaya Lembaga Tatatertib dan Kenaikan Pangkat Negeri yang dipengerusikan oleh SUK mempertimbangkan kemudahan setaraf JUSA C kepada beliau.Tidak cukup setakat itu Wan Ahmad turut dilantik sebagai Setiausaha Bersama Lembaga Mengambil Hasil Hutan(bersama dengan Pengarah Perhutanan)yang bertanggungjawab meluluskan permohonan balak.Dimaklumkan bahawa sebarang permohonan kawasan balak yang tidak mendapat sokongan beliau tidak akan diproses dan dipertimbangkan oleh LMHH.Beliau juga telah dilantik menjadi CEO Permint Granite(sykt dormant milik kerajaan negeri)yang mengadakan joint venture dengan Road Care menyelenggara jalan negeri dan bandaran dengan kontrak puluhan RM juta.Beliau juga memegang beberapa ALP anak sykt kerajaan.Pendek kata beliau menjadi insan teristimewa MB Ahmad Said sebagaimana pengakuan MB sendiri di dalam Persidangan DUN yang lepas bahawa Wan Ahmad itu adalah 'imej saya(Ahmad Said)'.Selaku MB saya berkuasa untuk menaikkan siapa sahaja pegawai yang saya suka'.
Kepada TCS, pengakuan Ahmad Said secara terbuka di dalam Dewan Undangan Negeri yang lepas membuka minda mereka dan memecahkan kebuntuan andaian atau tohmahan mereka selama ini bahawa Wan Ahamad bukan sahaja mendapat layanan istimewa Ahmad Said,malah sebenarnya Wan Ahamadlah yang bertindak selaku MB sebenar Tetengganu.Apakan tidak kata TCS lagi,bila TCS berjumpa MB bukan sahaja ditanya tujuan tetapi beliau turut menemani MB ketika ditemui TCS,pemimpin dan rakyat.Apa kata Wan Ahamad maka itulah kata dan keputusan Ahamad Said.Tidak cukup yang demikian,Wan Ahamad telah menempatkan pegawai pro Pas di Tingkat 16.Motifnya?....hanya Wan Ahamad dan Allah Yang Maha Mengetahui.
Bila TCS dan rakyat melahirkan rasa tidak senang dengan pegawai N 48 ini yang bermaharalela di Tingkat 16,Ahmad Said cuba menyembunyikannya dengan menghantar short course(kursus jangka pendek)selama 2 bulan di London yang menurut sumber pejabat SUK yang boleh dipercayai ,sejumlah RM200,000.00 ditanggung sepenuhnya oleh SUK.Beliau juga difahamkan dibayar gaji penuh.''Bertuahnya badan walaupun buat kerjapun tak berapa pandai.Kerajaan bayar RN200,000.00,gaji dibayar penuh.Kursus ke tidak atau hanya pergi makan angin berehat di London wallahuallam.Tinggal di hotel 5 bintang.Kursuspun tak sampai 2 bulan difahamkan beliau juga ikut MB pergi ke Mekah.Apa ubat guna-guna yang diberi Wan Ahmad kpd Ahmad Said...' keluh TCS berkenaan lagi.Sambung TCS itu lagi,''sebelum ini Wan Ahamad bertegas tidak mahu pergi oversea dan meninggalkan jawatan SUSK.Dia kata boleh aku gi dengan syarat bila balik ni aku dilantik sebagai Datuk Bandar MBKT ataupun lantik aku jadi Timbalan SUK(Pengurusan)''.
Allah Maha Kuasa.Apa yang dihajati Wan Ahamad semuanya dapat dan dimakbul.Malah semasa di London masih boleh beri arahan kepada pegawai kanan TCS di tanahair, buat itu dan ini.Kini Wan Ahamad telah dilantik oleh Ahmad Said sebagai Timbalan SUK (Pengurusan)untuk mengurus negeri dan duit berbillion RM.Malah difahamkan jawatan SUSK belum diisi sebab Wan Ahamad sendiri tidak bersetuju calon-calon seperti Azmi Razik atau Kamarul Amin ataupun Razali Adis mengisi jawatan tersebut.Wan Ahmad seboleh-bolehnya mahu terus mengisi jawatan tersebut atau menjadi unseen hand dari belakang tabir untuk memangku terus jawatan tersebut.
''Aku heran bagaimana budak N48 yang dibayar JUSA C kerana dia sudah menjadi sebahagian daripada diri Ahmad said mahu tadbir negeri.Macamana dia nak command pegawai kanan TCS lain dan DO yang berjawatan hakiki Gred 52 dan 54?Kalau ini cara Ahmad Said memerintah dan mentadbir negeri bukan setakat negeri hancur tapi riwayat hidup Kerajaan BN Terengganu akan berakhir'',kata pegawai kanan TCS berkenaan.
Penulis teringat kata seorang rakan kepimpinan Pas Terengganu pada minggu lepas bahawa 'Wan Ahamad ada bercakap dengan kepimpinan Pas berkenaan minggu lepas dan memaklumkan bahawa tujuan beliau mengikuti short course di London bukan setakat untuk menghilangkan diri dan meredakan kemarahan TCS kepada MB Ahmad Said,malah sebagai persiapan untuk menjawat jawatan SUK Terengganu selepas ini ataupun setidak-tidaknya bila Pas berkuasa nanti.Wan Ahmad beritahu beliau lagi bahawa kesemua pegawai kanan TCS dan pegawai TCS yang dinaikkan pangkat sekarang akan menyokong beliau dan tidak akan sama-sekali membantah sekiranya Ahmad Said atau Kerajaan Pas nanti melantik beliau sebagai SUK Terengganu.Menurut kepimpinan Pas berkenaan lagi,Wan Ahmad ini bukan calang-calang pegawai.Beliau memiliki triple degree dan seorang yang pandai bekerja.Semasa Pas perintah Terengganu 2000-2004 Wan Ahamad banyak membantu Kerajaan Pas katanya.(Mungkin ada kebenaran bila beliau dikatakan bertanggungjawab mengarahkan MPK beri kebenaran kepada Pas guna Dewan Berlian MPK dan MBKT beri kebenaran kepada Pas guna Stadium Tertutup Negeri Terengganu untuk umum calon PRK K.TRG).
Namun apa yang perlu direnungi adalah peranan beliau sendiri daripada persepsi rakyat,pemimpin BN dan TCS.Beliaulah MB Terengganu yang sebenarnya sekarang.Beliaulah yang akan menjadi SUK sebenar di samping Dato' Lan ' kepit batu'(Mr yes man).Beliaulah exco dan beliaulah sebenarnya yang menghancur Kerajaan BN Negeri Terengganu.Itulah persepsi rakyat Terengganu